📍 Based di Ayer Itam, Penang • Penang, Kedah, Perlis & SemenanjungWhatsApp setiap hari • Direct call jika urgent
Kereta Ikut GajiPanduan PembeliKos PemilikanBerita Perodua & Automotif
Buyer affordability

Gaji berapa sesuai untuk beli kereta Perodua?

Google penuh dengan angka “gaji minimum”, tetapi loan approval dan affordability bukan satu nombor. Kita guna gaji sebagai titik mula, kemudian kira DSR, komitmen, deposit dan kos memiliki.

Salary bands

Kereta Perodua ikut gaji — untuk survey awal, bukan jaminan loan.

Band ini sengaja conservative dan hanya untuk shortlist awal. Dua orang dengan gaji sama boleh dapat keputusan bank berbeza.

Gaji bersih / take-homeModel untuk disurveyApa perlu check
RM1,700–RM2,000Axia / selected BezzaMulakan dengan monthly rendah; jangan habiskan ruang cash flow.
RM2,000–RM2,500Axia / Bezza / selected MyviCommitment sedia ada dan deposit jadi sangat penting.
RM2,500–RM5,500Myvi / Bezza / selected Ativa / AlzaBanding total ownership, bukan installment sahaja.
RM5,500–RM5,000+Broader Perodua rangeMasih perlu jaga DSR, emergency fund dan long-term affordability.

1. Gaji bersih

Basic + allowance/OT yang bank terima, bukan angka kasar tanpa konteks.

2. Commitments

PTPTN, personal loan, credit card, rumah dan komitmen lain.

3. DSR

Bank berbeza boleh guna polisi berbeza. Jangan treat DSR sebagai satu formula universal.

4. Total ownership

Loan + petrol + insurance + road tax + service + tyres.

High-intent questions

Contoh search buyer yang page ini jawab.

Gaji RM2,000 boleh beli Perodua apa?

Biasanya mulakan survey dengan Axia dan Bezza entry/mid variants, kemudian kira actual commitments. Jangan terus assume Myvi/Ativa tak boleh atau boleh — calculator + profile yang tentukan affordability awal.

Gaji RM2,500 boleh ambil Myvi?

Myvi boleh masuk shortlist untuk sesetengah profil, tetapi existing commitments, downpayment, rate dan monthly selesa lebih penting daripada satu angka gaji.

Fresh graduate patut beli kereta apa?

Utamakan monthly yang masih tinggalkan emergency buffer. First car bukan masa terbaik untuk stretch sampai hujung kelayakan hanya kerana bank boleh lulus.

Apa dokumen loan Perodua?

Pekerja bergaji biasanya bermula dengan IC, lesen, payslip dan bank statement; self-employed perlukan dokumen tambahan seperti SSM dan statement lebih panjang. Bank boleh minta tambahan.

Sumber dan semakan

Disemak oleh Rahman Manap — Perodua Sales Advisor, Mazra Sdn Bhd, Farlim, Ayer Itam. .

Sumber: pricelist Mazra dan PDF pecahan harga setiap model; Circular 92/2026 untuk Ativa/Aruz. Spec/warna berpandukan brochure Perodua. Sahkan stok, harga, insurans dan syarat kempen sebelum booking.

Harga semua model · Promosi terkini