Perodua QV-E: BaaS vs Full Purchase — Mana Lebih Sesuai?
Kereta sama, spec sama — tetapi cara anda memiliki bateri berbeza. Faham cash flow, warranty dan commitment sebelum pilih.
Tujuan artikel ni bukan nak “menang” semua comparison. Tujuan dia supaya anda tahu apa trade-off yang anda bayar sebelum sign loan 5-9 tahun.
Mula dengan satu benda penting
QV-E tidak pecah kepada X, H atau AV seperti kebanyakan model Perodua. Pilihan utama ialah cara pemilikan: Battery as a Service (BaaS) atau Full Purchase. Equipment kereta sama; beza besar ialah harga masuk, siapa memiliki bateri dan komitmen selepas pembelian.
BaaS: entry price lebih rendah, tetapi ada komitmen bulanan
Harga regular body-only ialah RM69,999 dan harga khas semasa RM63,499 hingga 30 September 2026. Bateri kekal di bawah pelan Perodua dan caj semasa ialah RM215 sebulan termasuk cukai selama 9 tahun. Perodua mengurus perlindungan, replacement, disposal dan battery insurance sepanjang pelan.
Full Purchase: bayar lebih tinggi tetapi bateri milik anda
Harga regular Full Purchase ialah RM93,999 dan harga khas semasa RM87,499 hingga 30 September 2026. Tiada caj BaaS bulanan; high-voltage battery bagi Full Purchase mempunyai warranty 8 tahun / 160,000 km tertakluk terma.
Jangan pilih berdasarkan harga iklan sahaja
Kalau anda kira BaaS, treat RM215 sebagai komitmen berasingan daripada installment kereta. Kalau anda pilih Full Purchase, fikir berapa lama anda bercadang simpan kereta dan bagaimana anda nilai ownership bateri. Dua-dua boleh masuk akal untuk buyer berbeza.
Sebelum masuk EV, check charging lifestyle
QV-E menawarkan 370 km WLTP, 60 kW DC dan 6.6 kW AC. Tapi spec saja tak cukup: check sama ada anda boleh charge di rumah atau tempat kerja, route balik kampung, public charger biasa digunakan dan parking situation anda.
Rahman punya approach
Kalau anda berminat QV-E, saya lebih rela kita kira total commitment dan charging routine dulu. Kalau penggunaan anda lebih ngam dengan petrol Perodua, saya akan cakap begitu juga. Tujuan dia supaya kereta baru memudahkan hidup, bukan tambah benda untuk risau.
- Perodua QV-E — current official pricing
- Perodua QV-E official EV site
- QV-E EV support & warranty
- Perodua EV outlet locator
Harga/promosi competitor boleh berubah. Artikel ini untuk pendidikan dan comparison umum, bukan quotation rasmi competitor.
Nak bincang ikut situasi anda?
Kalau anda nak QV-E, beritahu saya daily mileage, charging access dan bajet. Kita compare BaaS vs Full Purchase dengan tenang.
WhatsApp Rahman