šŸ“ Based di Ayer Itam, Penang • Penang, Kedah, Perlis & SemenanjungWhatsApp setiap hari • Direct call jika urgent
Bezza

Perodua Bezza vs Proton Saga 2026: Mana Lebih Sesuai?

Comparison jujur Bezza vs All-New Proton Saga - harga, performance, ruang dan jenis buyer yang sesuai.

Tujuan artikel ni bukan nak ā€œmenangā€ semua comparison. Tujuan dia supaya anda tahu apa trade-off yang anda bayar sebelum sign loan 5-9 tahun.

Kalau anda utamakan performance

All-New Saga 1.5 menawarkan 120 PS dan 150 Nm, jadi dari sudut output enjin ia memang lebih kuat. Proton juga menekankan ride & handling sebagai salah satu kekuatan model itu.

Kalau anda utamakan practicality dan kos masuk

Bezza bermula lebih rendah pada harga rasmi Perodua, dan boot 508L memang praktikal. Varian 1.3 AV pula menawarkan Eco Idle, ASA 2.0, reverse camera dan penggunaan minyak sehingga 22 km/L dalam spesifikasi brochure.

Jadi siapa patut pilih mana?

Kalau anda suka rasa pemanduan dan mahu enjin lebih bertenaga, Saga patut dipandu uji. Kalau anda mahu sedan yang ringan, boot besar, penggunaan harian mudah dan nilai Perodua, Bezza sangat logik untuk shortlist.

Jangan beli berdasarkan komen internet sahaja

Duduk dalam kedua-dua kereta, bawa ahli keluarga kalau perlu, dan kira installment sebenar. Kereta yang ā€œmenang atas kertasā€ tak semestinya paling ngam dengan hidup anda.

Sumber rasmi dirujuk (semakan 23 Ogos 2026):

Harga/promosi competitor boleh berubah. Artikel ini untuk pendidikan dan comparison umum, bukan quotation rasmi competitor.

Nak bincang ikut situasi anda?

Nak saya kira Bezza ikut DP anda dan bandingkan komitmen dengan pilihan lain? WhatsApp Rahman.

WhatsApp Rahman