Perodua Alza vs Veloz vs Xpander: 7-Seater Untuk Family
Banding tiga 7-seater popular dari sudut bajet, ruang, safety dan kegunaan family.
Tujuan artikel ni bukan nak āmenangā semua comparison. Tujuan dia supaya anda tahu apa trade-off yang anda bayar sebelum sign loan 5-9 tahun.
Perbezaan paling besar bermula pada bajet
Harga rasmi Alza bermula RM62,500, manakala Toyota Veloz disenaraikan RM95,000 OTR tanpa insurans dan Mitsubishi Xpander sekitar RM99k ke atas. Itu jurang yang besar sebelum kita bercakap tentang installment.
Alza fokus value + family tech
Alza menawarkan rear air-cond, 7 seats, sehingga 498L bila third row dilipat, 6 airbags dan PSDA. H/AV tambah banyak convenience, sementara AV membawa 360 camera dan EPB/Auto Hold.
Veloz / Xpander tetap ada sebab untuk dipilih
Veloz membawa Toyota Safety Sense dan positioning lebih premium. Xpander pula ada karakter MPV/crossover tersendiri dan ramai suka ruang serta reka bentuknya. Saya tak akan kata competitor ātak bagusā hanya sebab saya jual Perodua.
Soalan sebenar
Adakah anda mahu membayar lebih untuk brand, feel, size atau feature tertentu? Kalau jawapannya tidak, Alza punya value memang susah diabaikan. Kalau ya, test-drive ketiga-tiganya.
Harga/promosi competitor boleh berubah. Artikel ini untuk pendidikan dan comparison umum, bukan quotation rasmi competitor.
Nak bincang ikut situasi anda?
Kalau anda family 5-7 orang, beritahu saya siapa selalu naik dan jenis perjalanan. Saya bantu pilih X/H/AV dengan lebih realistik.
WhatsApp Rahman